Sunday, 3 February 2013
kisah sedih seorang ayah... i love you abah
MENANGIS BILA ANDA
BACA ARTIKEL INI
PENGORBANAN SEORANG AYAH
[Kisah Benar]
Ada seorang bapa datang ke
kedai, melihat-lihat seperti
pelanggan lain. Aku menerjahnya,
"Pakcik, laptop..." - dia tersenyum
dan masih melihat-lihat laptop
yang ada di kedai. Aku
menyambung lagi, "Nak beli
untuk anak ke?", "Ya, nak beli
untuk anak - dia nak sambung
belajar - laptop yang mana yang
ok?". Aku mempromosi barang
seperti biasa - aku biasanya
mengsyorkan yang paling murah.
"Kalau nak yang bagus mahal
pakcik - tapi kalau setakat nak
buat belajar yang nie lah,
Samsung - seribu seratus lebih
je...". Dalam aku bercakap
dengan dia, dia banyak diam dan
seperti berfikir. Sedikit lama dia
terdiam, dia membuka mulut
"Nanti saya datang balik ya, duit
tak berapa nak ada lagi ni..." -
pergi dengan suatu perasaan
yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja
setiap hujung minggu sahaja,
kebetulan - aku duduk di kaunter
menunggu pelanggan - dia
datang semula ke kedai, tapi
dengan anaknya - perempuan.
"Yang mana ya yang haritu, ada
lagi tak?", "Yang nie Samsung
haritu, tapi yang nie stok baru -
harga sama je", aku menyambut
soalan nya. Dia bertanya kepada
anaknya, "Yang nie ok ke dik?" -
"Ermmm, ok ke nie murah je -
karang rosak karang susah..."
jawabnya dengan muka yang
kurang puas hati - anaknya
seperti menginginkan yang lain
yang lebih mahal. "Yang acer nie
x boleh ke ayah?", ayahnya
terdiam seketika dan menyambut
dengan negosiasi, "Yang acer nie
berapa boleh murah lagi?" -
"Yang tu tak dapat dah pakcik,...
Dah harga kos dah tu..." aku
dengan rasa geram namun masih
dalam nada yang baik
menyambung lagi, "Dik, nak
laptop untuk belajar kan...
Rasanya kalau untuk belajar -
yang nie lebih dari cukup - rosak
tak payah pikir sangat - warenti
setahun.". Aku mengeluarkan
kata-kata tersebut atas dasar aku
seperti mengerti kerut wajah
bapanya.
"Oklah, yang ini." jawab anaknya.
Sedang aku menulis resit dan
membungkus laptop dari meja
'display' - aku terpandang
bapanya yang mengira duit untuk
membayar - aku nampak
dompetnya kosong - habis semua
duit digunakan untuk membayar
laptop. Dia menyerahkan duit
kepadaku dan aku mengiranya
semula - dia melihat tanganku
yang mengira. Habis aku mengira
- wang aku masukkan dalam cash
drawer, "Cukup duit tadi dik?" -
"Cukup, Terima Kasih ya...". Dia
dan anaknya meninggalkan kedai.
Aku hanya menahan airmata
mengira duit yang diberikan -
RM1, RM5, RM10 dan hanya
sekeping RM50. Aku
membayangkan dari mana si ayah
mencari duit untuk membeli
sebuah laptop untuk anaknya -
penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya -
seperti dia tidak tahu ayahnya
bagaimana - hanya tahu minta.
Aku tahu ayahnya tiada duit, dia
dah sebut awal-awal pada aku,
aku nampak airmukanya, aku
perhati sekeping-sekeping duit
yang diserahkan. Aku tahu dia
tiada duit pulang ke rumah dan
perlu 'mengais' untuk hari
esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala
dosaku, dan (dosa) kedua
ibubapaku, dan rahmatilah
keduanya sepertimana mereka
mendidikku pada waktu kecil...
*kasih AYAH berpanjangan*
#copy paste
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment