Monday 11 February 2013

ayat yang sering kita dengar

Ayat yang seringkali kita dengar dari orang yang mengaku Islam didalam dirinya: 1. "Hati kami baik walaupun kamitak tutup aurat." 2. "Orang yang solat belum tentubaik." 3. "Orang berpuasa belum tentu sembahyang." 4. "Wanita yang tutup aurat belum tentu baik." Jawapannya adalah: 1. Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah s.w.t? 2. Orang yang baik tentu akan solat. 3. Orang yang solat sudah tentu berpuasa. 4. Wanita yang baik sudah tentu tutup aurat. Jom2 berubah ke arah kebaikkan

terharu: sebuah hidangan isteri

Mak saya suka memasak tapi makbukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah. Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan. Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidanganmak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit. Namun saya diam. Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimanasekolah hari ini. Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya. Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.” Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yangmasih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan. “Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak takmelukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah. Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak. Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya… “Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?” “Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak. Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini. Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu. Mak dan ayah dan tindak-tandukmereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuhsentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia. Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah padamereka yang tidak. Sebuah tulisan untuk renungan. #copypaste

Sunday 10 February 2013

SEDIH: apa yang anda tak tahu tentang ayah

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH ??? Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlahyang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedark ­ ah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya.Maka kita telah melanggar kepercayaannya. ­ ..Maka ayah lahyang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayahhanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Sa ­ at kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiaka ­n lah putra puteri kecilku yg manis bersama pasangannya".. Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekalidtg untuk menjenguk..Deng ­an rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita. p/S: Sebak hati Admin -

alkisah 2 adik beradik

Alkisah dua beradik… Satu masa dahulu, dua beradik, yang tinggal di dua kebun bersebelahan telah berbalah dan berkelahi. Ia adalah satu pertelingkahan yang serius dalam tempoh 40 tahun untuk dua adik beradik petani berjiran ini, yang berkongsitanah, peralatan, pekerja dan hasil untuk sekian lama. Kerjasama utuh antara dua adik beradik akhirnya berkecai. Ia bermula daripada satu salah faham yang kecil sehingga menjadi satu masalah yang besar sehingga akhirnya pertukaran kata-kata melampau melukakan hati diikuti dengan perang dingin berminggu lamanya. Satu hari, ada seorang datang mengetuk pintu abang. Lalu abang membuka pintu melihat seorang yang penuh dengan peralatan pembinaan. “Saya sedang mencari kerja untukbeberapa hari,” kata Riduan. “Bolehkah abang beri berikan beberapa tugas kecil yang saya boleh bantu?” “Ya,” jawab abang. “Saya ada kerja untuk saudara. Lihat parit besar itu di kebun belah sana. Diajiran saya. Oh tidak, sebenarnya dia adik saya. Minggu lepas kami gaduh besar, dan dia ambil bulldozer mengorek dari sungai itu dan membina parit antara duakebun kita. Adik saya telah melakukan ini untuk menunjukkan dia benci saya. Sayanak buat yang lebih baik untuk balas dendam.” “Lihat balak kayu di belakang kebun saya. Saya nak saudara binakan satu pagar 8 kaki tinggi mengelilingi kebun saya supaya kebun dia tidak lagi kelihatan daripada pandangan saya buat selama-lamanya, ­” tambah abanglagi. Riduan mengangguk. “Saya faham situasi abang. Berikan saya paku, mesin untuk mengorek lubang dan saya akan siapkan kerja yang abang suka.” Abang itu terpaksa keluar bandaruntuk satu minggu untuk mencaripelanggan baru. Setelah menyediakan semua badan mentah untuk Riduan – abang terus ke bandar. Selama seminggu, Riduan bertungkus lumus menyiapkan kerja sebaik mungkin. Hampir seminggu, kerja yang dijanjikan hampir siap. Abang kembali daripada bandar dengan harapan menyaksikan pagar 8 kaki telah terbina. Setibanya di kebun, abang terkejut mulut ternganga dengan apa yang dibuat Riduan dan terusberasa marah dan bengis. Tiada pagar 8 kaki, tapi satu jambatan melintasi parit yang dibina adiknya menyambung kedua-dua kebun bersama kembali. Terjumpa Riduan, abang ingin membuka dan marah, “Apa awakbuat…. “ Tetiba adiknya menyampuk. Rupa-rupanya adiknya telah datang ke kebun abang setelah jambatan itu siap. “Tak sangka setelah kata-kata kesat dan melampau adik pada abang, abang masih bina jambatan menghubungkan dua kebun ini. Maafkan adik… Adik yang tersilap. Adik sayang abang,”kata adik kepada abang. Kemarahan abang pada Riduan kini bertukar menjadi kagum dan terhutang budi. Riduan mula mengumpulkan barangnya untuk beredar. “Mana kamu nak pergi? Banyak lagi kerja untuk kamu!” kata abang. “Saya nak tinggal, tapi terdapat lagi banyak jambatan yang sedang menunggu saya untuk membinanya,” kata Riduan. “Mengapa saudara berani buat jambatan dan bukannya pagar seperti yang diminta?” tanya abang yang masih tidak memahami niat Riduan. “Apa gunanya kehebatan ilmu membina ana jika ana gunakannya untuk galakkan permusuhan dan bukan persahabatan antara dua adik beradik yang hanya marah kerana tersilap kata? Apa gunanya umur panjang kalaukita biarkan mereka yang dalam kebencian hidup dalam kebenciantanpa cuba membantu mereka?” jawab Riduan. "Hidup ini singkat. Jangan bazirkan dengan membiarkan kebencian, kemungkaran, ketidak-adilan dan kezaliman berterusan. Bantu setakat boleh untuk Allah swt," tambah beliau lagi. Senyum.

Saturday 9 February 2013

pakailah walaupun terpaksa

Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG.Ada orang tanya, bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz? Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : BERTUDUNGlah walau TERPAKSA.SOLATl ­ah walau TERPAKSA.PUASAl ­ah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa. Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya. Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah? *Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut..

10 jenis air mata manusia

1- Air Mata yang paling hebat adalah Air Mata Kemenangan. 2-Air Mata yang tidak berdosa adalah Air Mata Kanak-kanak. 3- Air Mata yang amat memberi kesan adalah Air Mata Taubat. 4- Air Mata yang paling melemahkan adalah Air Mata Wanita. 5- Air Mata yang paling Indah adalah Air Mata Kemaafan. 6- Air Mata yang Sedih adalah AirMata memberi kelapangan. 7- Air Mata yang memberi Kebahagiaan adalah Air Mata Kejayaan. 8- Air Mata yang paling amat menduga adalah Air Mata Kesakitan. 9- Air Mata yang paling memberi Pengajaran adalah Air Mata Penyesalan. 10- Air Mata yang paling menipu adalah Air Mata Buaya.

perkataan yang ditunggu wanita

3 perkataan yang sangat ditunggu-tunggu wanita, .. Bukanlah I Love You .. Juga bukan I Miss You ... Tapi lafaz .. "Aku Terima Nikahnya" Yang meleraikan kegelisahan di hati, .. Yang menghalalkan yang haram... Halal kan cinta dengan kalimat.

HAKIKAT AIR MATA PEREMPUAN

Apabila ditinggalkan kekasihnya. Wanita itu menangis kerna cintanya telah didusta. dia menangis kerna hati kekasihnya telah berubah...dia menangis kerna cintanya yang ikhlas telah dipermainkan... ­. Apabila suaminya dilanda musibah. Wanita itu menangis didalam hatinya. tidak didepan suaminya kerna hatinya pilu melihat kemurungan suami dan hatinya luka melihat suaminya perlu bekerja keras demi keluarga. Apabila ibu dan ayahnya menyambut panggilan Ilahi. Semua wanita akan mengalirkan air mata mereka. bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan, malah bertahun lamanya. ibu danayah merupakan hubungan istimewa yang Allah ciptakan. Apabila dirinya di ijab dan kabul...Wanita itu menangis kerana dirinya akan meninggalkan ibu bapanya. Dia menangis kerana dirinya akan diserahkan kepada lelaki yang dicintainya. Dan masa depannya pula belum diketahuinya lagi. Air mata wanita melambangkan perasaannya. apabila dia menangis, itulah perasaanya yangikhlas tatkala itu air mata tidak berbohong wahai kaum adam. Seorang wanita itu tidak akan menangis jika hatinya tidak terluka atau tersentuh akan sesuatu hal. Air mata akan berguguran seiring dengan perasaannya. Titisan air mata wanita itu melambangkan Keikhlasan, Kejujuran, Kesedihan,Kegembiraan, Kepasrahan, Ketakutan, Kecurangan, Pendustaan, Kepercayaan, Kesetiaan, Kekuatan, dan Kesucian. Mengapa harus ada air mata? Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan yang munasabah...Set ­elah puas saya berfikir, sedikit demi sedikit mulai saya fahami, sebenarnya airmata wanita adalah AIR MATA KEHIDUPAN. Yang sudah menjaditugas Kaum Adam untuk lebih menghargainya

MEMAAFKAN satu perkataan yang sulit

Saling memaafkan adalah kata- kata yang paling sulit, bagi orang yang tdk mampu memaafkan dirinya & orang lain, padahal bagi Allah sangatlah mudah dan sederhana, hanya dengan satu kata "ampunan" walaupun kita telah menyakiti- Nya..... Sakit hati, Dendam, dan harga diri adalah, pemberat hati untuk mengucapkan, satu kata "maaf" atau tiga kata "aku telah memaafkanmu" Jika hati telah tersakiti, dendam akan muncul & harga diri akan terasa membakar Namun percayalah.... tidak seorang pun yg berhak menghakimi, kecuali Allah, berhentilah berkata, "aku tidak bisa memaafkanmu... karena tidak seorang pun yg berhak menghakimi, kecuali Allah, Sebenarnya, jauh sebelum kalian memberikan maaf satu sama lain, Allah telah memberi kalian berdua suatu ampunan

CARA TERBAIK AJAK AYAH PERGI SURAU

... KISAH SEORANG ANAK YANG MENGERASKAN SUARANYA DI MASJID ... Bismillahir-Rah maanir-Rahim ... Seorang imam masjid mengisahkan ... Ada seorang anak kecil yang umurnya belum mencapai 10 tahun. Dia selalu menjalankan shalat berjamaah di masjid, dan selalunya berusaha menempati shaf paling depan. Anak itu biasa mengeraskan suara saat shalat, terutama tatkala saya selesai membaca al-fatihah, si anak membaca “aamiin” dengan suara sangat keras. Suatu kali, saya ingin menasihati anak ini agar merubah kebiasaannya. Akan tetapi setiap kali saya selesai shalat dan berdzikir anak itu telah pergi, saya tidak sempat berbicara dengannya. Hingga suatu kali, setelah selesai shalat saya langsung memegang tangan anak itu sebelum ia pergi. Lalu saya bertanya, “Nak, mengapa kamu sering berteriak keras sewaktu shalat?” Anak itu menjawab : Rumah saya dekat dengan masjid, tapi ayah tidak pernah ke masjid sama sekali. Saya mengeraskan suara agar ayah mendengar suaraku melalui loudspeaker masjid. Dengan begitu ayah tahu bahwa saya shalat di masjid. Saya berharap ayah segera menyusul ke masjid setelah mendengar suara saya. Imam tersebut melanjutkan ceritanya, “Betapa merinding bulu kudukku ketika mendengar jawaban anak ini. Maka saya bersepakat dengan sebagian jamaah untuk mengunjungi ayah dari anak tersebut untuk memberikan nasihat dan menceritakan apa yang dilakukan anaknya di masjid. Hingga akhirnya sang ayah bisa tertib menjalankan shalat jamaah di masjid, Allahu akbar ... Wallahu’alam bishshawab, .. Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah .... Wabillahi Taufik Wal Hidayah, ... Salam Terkasih .. Dari Sahabat Untuk Sahabat ... ... Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ...

Tuesday 5 February 2013

Jangan kita hanya mengejar like di facebook

Adakah amalan yang dilakukan oleh kita hanya bertujuan untuk mendapatkan pangkat di dalam hati manusia ataupun mahukan manafaat keduniaan dengan amalibadatnya seperti upah atau pujian. Inilah dipanggil RIA. Ria ituadalah salah satu syirik kecil. Padahari qiamat Allah akan berkata kepada orang2 yang ria semasa didunia ketika Allah memberikan balasan kepada mereka, 'pergilahkamu kepada orang2 yang kamu tunjuk-tunjukan ­ amalan kepadanya semasa di dunia, adakah kamu akan dapat apa2 balasan di sisi mereka?'. Antara sebab menimbulkan ria ialah suka dipuji, takut dicela, dan tamakkan harta. Justeru, saya ingin menyeru kpda semua yang mmbca ini agar, apbla kita meng'update' sesuatu status islamic, jangan hanya mengelar like drpd orang lain. Takut2 timbul ria dalam hati kita. Ikhlaskan diri kerana Allah. :)

kenapa tak boleh lebih berhemah?

Ketika berjalan di luar, ketika kita sibuk dan sedang berjalan pantas menuju ke sesuatu tempat... tetiba kita hampir bertembung dengan seorang yang asing, kita mudah kata, "Mohon maaf. Boleh bagi laluan." Di dapur, ketika kita sibuk cuba menyiapkan makan malam, tetibakita berpusing dan hampir terlanggar anak kecil yang beradadi belakang... kita mudah berkata"Gerak ke tepi, jangan kacau." Mengapa kita lebih berhemah pada seorang yang asing daripadaorang terdekat sendiri? Cuba fikir-fikirkan. Senyum

8 pintu murah rezeki

"8 Pintu Murah Rezeki" ialah:- 1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa. 2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara. 3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..” 4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha. 5. Jangan tidur selepas solat subuh. 6. Selalu baca doa Al-Waqiah. 7. Rezeki ada dalam perkahwinan. 8. Rezeki ada pada anak “Semasabayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya. InsyaAllah.. =)

Monday 4 February 2013

isteri dan suami yang soleh

Ramai lelaki hendak perempuan solehah tapi dia sendiri tidak soleh. Solatpun tak cukup. Baca Fatihah pun masih "siro tollabi". Perempuan solehah pun hendak lelaki soleh juga. Jadikan diri kita ni soleh dahulu. Kalau semua orang nak perempuan solehah saja, apa akan jadi dengan yang tidak solehah. Boleh kahwin dengan perempuan tak solehah, bimbinglah dia supaya dia jadi perempuan dan isteri solehah. Ituadalah satu jihad membantu dan membimbing umat yang jauh menyimpang di zaman sekarang. Ambil jadi isteri no. 2 pun takpe :) ~ Nasihat Ustaz Azhar Idrus ~

HAKIKAT LELAKI DAN PEREMPUAN

"Perempuan kalah dengan pujian;Lelaki kalah dengan perempuan." Tabiat perempuan suka dipandang cantek. Jika dipuji cantek cair habis lah orang perempuan. Sebab itu suami sunat memuji isterinya cantek, walaupun isteri tak cantek pun. Kalau dia hitam macam kulit buah manggis pun, sunat puji kata dia putih melepak, walau dalam hati kita kata dia hitam macam kuali hangus! Orang lelaki pulak pantang tengok perempuan seksi. Tambahpulak sekarang ni ramai anak-anak gadis pakai seluar seksinampak lurah punggung. UAI: Mung ada tengok dop perempuan pakai seluar nampak lurah punggung? Murid2: Ada... ( Kikikikiki... ) UAI: Oooo ada tengok jugop....ingat ke aku sorang je tengok! ( wakakaka ) ( <~~~ Ustaz bergurau je ni deh... ) ~ Ustaz Azhar Idrus ~

SOLAT ITU WAJIB DALAM APA JUA KEADAAN SEKALIPUN

Orang yang tidak solat bila dia sakit di hospital, jangan bawa biskut bila pergi melawat dia tapi bawa batu nesan 2 biji supaya diasedar! "Macamana saya nak solat, macam-macam wayar duduk di tubuh saya ni, nak bergerakpun payah". Itulah, masa sihat dulu orang suruh pergi surau masjid dengar kuliyah, tak pergi. Kan tu dah susah sebab jahil sampai nak solatcara orang sakitpun tak reti! ~ Ustaz Azhar Idrus

6 PESANAN UNTUK KAUM HAWA

1. Jaga solat pada awal waktu. 2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabat zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat. 3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini." 4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya. 5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunankepada ­ Allah swt atas wanita tersebut. 6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkansuaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. Mudahan-mudahan ­ ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

HABIS GELAP TERBITLAH TERANG

Nabi NUH belum tahu banjir akan datang ketika ia membuat kapal besar & ditertawai kaumnya. Nabi IBRAHIM belum tahu akan tersedia domba ketika pisau nyaris memenggal buah hatinya. Nabi MUSA belum tahu laut akan terbelah saat dia diperintah memukulkan tongkatnya. Nabi MUHAMMAD SAW pun belum Tahu kalau Madinah adalah Kota Tersebarnya Ajaran yang dibawanya saat beliau diperintahkan berhijrah.. Yang Mereka Tahu adalah bahwaMereka harus Patuh pada perintah Allah dan tanpa berhenti Berharap yg Terbaik... Ternyata dibalik keTIDAKTAHUan kita, Allah telah menyiapkan SURPRISE saat kita menunaikan perintahNYA. BIASANYA Tangan2 Allah Bekerja di-detik detik Terakhir dalam Usaha Hamba-Nya.. So, Never Give Up, Make Better For the Best.. Kalaupun Hasil Yang kita Usahakan Jauh dari Harapan bahkan Menyakitkan, Jangan kita berkecil hati... Karena Sering Allah mencintai kita dengan cara2 yang kita benci... Tetap HUSNUDZON kpd Allah apapun yg terjadi. Allah berfirman: "Bolehjadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, danboleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Qs. Al Baqarah : 216).

10 punca hati gelap dan keras?

10 punca hati kita jadi gelap dan keras: 1-Suka melihat kemaksiatan. 2-Suka melihat tahi/najis. 3-Suka bercakap kotor. 4-Suka berfikiran kotor/lucah 5-Tidak bersolat. 6-Tidak membaca al-Quran 7-Tidak bertahajjud. 8-Tidak berzikir. 9-Tidak berdoa kepada ALLAH SWT. 10-Hidup di atas dunia ni dengan sombong dan angkuh.

Sunday 3 February 2013

wanita yang hebat

»Wanita Hebat« » Wanita hebat bukan kerana dia"cantik" » Wanita hebat bukan kerana dia"kaya" » Wanita hebat bukan kerana dia"Pintar" » Dan bukan pula kerana"disampin ­g nya ada lelaki yang hebat dan kaya" Tapi wanita hebat adalah : » wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya, » Mampu berdoa dan Percaya kepada TUHAN yang adalah sumber"Kekuatan ­ " » Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan... » Bersabar saat tertekan... » Tersenyum saat hati menangis... » Diam saat terhina... » Mempesona kerana memaafkan..

pokok semalu pon ada pengajaran kpda kaum wanita

- 4 PENGAJARAN DARIPADA POKOK SEMALU - Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Dan yang keempat dan terakhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmuapabila waktu semakin senja.

kisah sedih seorang ayah... i love you abah

MENANGIS BILA ANDA BACA ARTIKEL INI PENGORBANAN SEORANG AYAH [Kisah Benar] Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain. Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya. "Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan. Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya. Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil... *kasih AYAH berpanjangan* #copy paste

biodata iblis laknatullah!

~Biodata Iblis Laknatullah~ Nama : Iblis laknatullah Tempat Lahir : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s Status : Fasik kelas pertama Agama : Kufur Tempat Tinggal DiDunia : Di dalam hati mereka yang lalai Tempat Tinggal Di Akhirat : Neraka jahanam Kawasan legarnya : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah Arah Perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah Modal pusingan : Angan-angan kosong Tempat pertemuan : Pasar dan pusat membeli belah Musuh ketat : Orang Islam yang beriman dan bertaqwa Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan Matlamat : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam Kelemahan : Bila orang membaca istighfar Lambang : Sebarang tatu Pejabat operasi : Tempat yang kotor dan tempat maksiat Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia Sumber : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba Makanan Kegemaran : Segala najis dan kotoran Yang Ditakuti : Orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari kiamat InsyaAllah dengan adanya biodata sebegini kita akan lebih dapat mengenali musuh kita iaitu iblis laknatullah dan syaitan. Oleh itu marilah kita bersiap sedia untuk memperisaikan diri kita dengan iman yang teguh dan ketaqwaan yang utuh agar iblis dan syaitan gentar dengan kita sebagai mukmin

3 hal?

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali : 1. Waktu 2. Kata-kata 3. Kesempatan. Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang : 1. Kemarahan 2. Keangkuhan 3. Dendam. Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang : 1. Harapan 2. Keikhlasan 3. Kejujuran. Ada 3 Hal yang paling berharga : 1. Kasih Sayang 2. Cinta 3. Kebaikan. Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti : 1. Kekayaan 2. Kejayaan 3. Mimpi. Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang : 1. Komitmen 2. Ketulusan 3. Kerja keras. Ada 3 Hal yang membuat kita sukses : 1. Tekad 2. Kemahuan 3. Fokus. Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu : 1. Rezeki 2. Umur 3. Jodoh. TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI, iaitu : 1. Tua 2. Sakit 3. Kematian.

cinta ?

ALLAH memberi kita: ~> 2 kaki utk berjalan.. ~> 2 tangan utk memegang.. ~> 2 telinga utk mendengar.. ~> dan 2 mata utk melihat.. => tetapi mengapa ALLAH hanya menganugerahkan sekeping hati kpd seseorang untuk kita mencarinya... itulah namanya CINTA.... Cinta ALLAH ialah tahap yg terakhir dan teratas.Tiada tahap lagi selepas mencapai cinta kpd ALLAH..CINTA MANUSIA memang menyakitkan,CIN TA ALLAH jua yg mendamaikan.CIN TA MANUSIA manisnya sementara,CINTA ALLAH manis selamanya.CINTA MANUSIA tidak kekal.CINTA ALLAH KEKAL smpai ke syurga... Semoga kita menemui cinta ini,Aamiin...

berubah itu payah

Berubah itu payah, Bila niat bukan kerana Allah, Bila hati masih gundah, Bila syaitan membisik mudah, Berubah itu payah, Bila diri masih tak tabah, Bila hati mudah berubah, Bila manusia memandang rendah, Berubah itu payah, Bukan semudah berkata madah, Tapi sejauhmana kaki melangkah, Sekuat mana mengekalkan istiqamah, Berubah itu payah, Bila diri dikawal amarah, Nafsu membara dengan mudah, Kelak diri makin parah, Berubah itu payah, Bila manusia tak henti menyalah, Bila teman sudah tak kisah, Bila teman disisi tiada sudah, Berubah itu payah, Namun segalanya tak susah, Mudah bila kerana Allah, Mudah bila kena pada kaedah, Berubahlah walaupun payah, Walau manusia sudah tak endah, Walau masa silam selalu menerjah, Kerana ajal dijangka susah, Takut bila tak sempat berubah, Kelak akhirat merana tak sudah, Berubahlah, Segalanya pasti indah, Jika ikhlas kerana Allah, Segalanya punya hikmah, Berubahlah, Jika tidak dirimu parah, Kelak menyesal tak sudah, Jangan menyerah bila susah berubah, Kepada-Nya kita berserah, Di akhirat moga dikurnia Jannah. InshaAllah ♥

Saturday 2 February 2013

kisah perempuan dan abah update facebook

Suatu malem, si abah terlihat anak gadisnya yang bongsu update status di facebook. Statusnya bertaip: "Nape la hati ni tak tenang..somebody pls..I need someone..:( " Maka ramailah jejaka-jejaka mula membalas status tersebut. Ada jejaka hensem, ada jejaka poyo, ada jejaka alim-alim kucing. Semua nak berikan jawapan. 'Ah, semua hanya nak mengurat!' getus hati si gadis. Sampailah giliran jejaka yang ke 401. Jejaka 401 komen: "Mana hati nak tenang ~; ~ kalau solat pun kurang? ~ tahajjud pun sekali dalam 12 bulan? ~ nangis sujud taubat pada Tuhan pun jarang-jarang? ~ bila sedih kau cari kawan then kau pergi have fun!? ~ bila ada masalah muzik dan lagu yang ko layan. Al-Quran mana nak layan? ~ bila bibir rajin mengumpat, zikrulllah tak pula jadi sebutan? ~ bila study, hormat pada guru dan pensyarah pun kurang? ~ bila tak tenang, mengadu di laman sosial jadi pilihan, tikar sejadah mana nak pandang? ~ bila tak tenang, cari teman buat pasangan tapi tak cari Tuhan buat penunjuk kebenaran? Tapi yang hairannya bila tengok cerita "Setia Hujung Nyawa", tenang sungguh perasaan ya sampai nitis air mata. Tengok watak Zain Hakimi terus tenang plak..lulzzz... Wahai pemilik fb ni, sudah- sudahlah tu membongak~~" Apabila si gadis terbaca komen jejaka 401, terus dia berang sambil menyumpah seranah sambil gerakkan cursor laju-laju cari button block. Then, gadis tu update status baru: "I dah block mamat poyo mana ntah berlagak macam tahu semua tentang aku. Hey, u just know my name, not my story!" Si abah tersenyum di bawah meja sambil main laptop. Dalam hatinya berkata, "Fuh, nasib baik aku dah buat 5 lagi fake accounts. Baru block satu je pon..kah kah kah..kali ni nak guna gambar mamat ensem lak pi tenangkan dia konon²nya kat Message..hik hik hik

Friday 1 February 2013

insaflah wahai kaum hawa

Dari FB: Ustaz Mustaffa Kamal Wahai Wanita, Allah ciptakan kamu begitu indah dan Allah muliakan kamu dengan sebaik2 perhiasan di atas muka bumi, kamu semua begitu dihargai dan disayangi oleh Baginda Rasulullah SAW. sehingga Baginda berwasiat " Berbuat baiklah kamu sekalian kepada kaum wanita". Oleh itu, atas dasar kasih dan sayang kepada kamu kaum wanita kerana kamu semua dimuliakan oleh Baginda SAW., ustaz ingin menasihati kamu semua hendaklah kamu tutuplah auratmu agar kamu menyebabkan Rasulmu gembira terhadapmu dan jagalah tingkahlakumu lebih2 lagi dengan suami ( bagi yg sudah berkahwin ) dan juga ibubapamu. Semoga kamu semua dirahmati Allah. Janganlah kamu membuatkan Rasulullah SAW bersedih dengan kamu memakai pakaian yg seksi2,atau mendedah aurat dengan tanpa malu. Cukuplah Baginda SAW sudah banyak menangis semasa hayatnya kerana kita, jangan pula selepas hayatnya kamu melupainya. Kepada muslimat yg sudah menutup aurat ketahuilah kamu membuatkan Rasulmu gembira denganmu.Jaga adabmu,akhlakmu dan ibadatmu. Semoga dirahmati Allah.