Friday, 1 February 2013

insaflah wahai kaum hawa

Dari FB: Ustaz Mustaffa Kamal Wahai Wanita, Allah ciptakan kamu begitu indah dan Allah muliakan kamu dengan sebaik2 perhiasan di atas muka bumi, kamu semua begitu dihargai dan disayangi oleh Baginda Rasulullah SAW. sehingga Baginda berwasiat " Berbuat baiklah kamu sekalian kepada kaum wanita". Oleh itu, atas dasar kasih dan sayang kepada kamu kaum wanita kerana kamu semua dimuliakan oleh Baginda SAW., ustaz ingin menasihati kamu semua hendaklah kamu tutuplah auratmu agar kamu menyebabkan Rasulmu gembira terhadapmu dan jagalah tingkahlakumu lebih2 lagi dengan suami ( bagi yg sudah berkahwin ) dan juga ibubapamu. Semoga kamu semua dirahmati Allah. Janganlah kamu membuatkan Rasulullah SAW bersedih dengan kamu memakai pakaian yg seksi2,atau mendedah aurat dengan tanpa malu. Cukuplah Baginda SAW sudah banyak menangis semasa hayatnya kerana kita, jangan pula selepas hayatnya kamu melupainya. Kepada muslimat yg sudah menutup aurat ketahuilah kamu membuatkan Rasulmu gembira denganmu.Jaga adabmu,akhlakmu dan ibadatmu. Semoga dirahmati Allah.

No comments:

Post a Comment