Sunday, 3 February 2013
biodata iblis laknatullah!
~Biodata Iblis Laknatullah~
Nama : Iblis laknatullah
Tempat Lahir : Bermula dari
keengganannya sujud kepada
Nabi Adam a.s
Status : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal DiDunia : Di
dalam hati mereka yang lalai
Tempat Tinggal Di Akhirat :
Neraka jahanam
Kawasan legarnya : Setiap tempat
yang di dalamnya tiada usaha
untuk mengingati Allah
Arah Perjalanan : Tiada haluan
dan bengkang bengkok
Isteri di dunia : Setiap wanita yang
tidak menutup aurat dengan
sempurna dan tidak mentaati
Allah, Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan
yang menentang dan memusuhi
Allah
Modal pusingan : Angan-angan
kosong
Tempat pertemuan : Pasar dan
pusat membeli belah
Musuh ketat : Orang Islam yang
beriman dan bertaqwa
Kegemaran : Melalaikan orang
dari mengingati Allah, menggoda
dan menyesatkan
Matlamat : Supaya semua
makhluk di muka bumi ini
menjadi kafir dan sama-sama
masuk ke neraka jahanam
Kelemahan : Bila orang membaca
istighfar
Lambang : Sebarang tatu
Pejabat operasi : Tempat yang
kotor dan tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik
serta syaitan dari kalangan jin dan
manusia
Sumber : Segala harta yang
diperolehi dengan jalan haram
dan riba
Makanan Kegemaran : Segala
najis dan kotoran
Yang Ditakuti : Orang mukmin
yang beriman dan bertaqwa
kepada Allah
Tempoh perkhidmatan : Sehingga
hari kiamat
InsyaAllah dengan adanya
biodata sebegini kita akan lebih
dapat mengenali musuh kita iaitu
iblis laknatullah dan syaitan. Oleh
itu marilah kita bersiap sedia
untuk memperisaikan diri kita
dengan iman yang teguh dan
ketaqwaan yang utuh agar iblis
dan syaitan gentar dengan kita
sebagai mukmin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment