Monday 16 December 2013

kenapa bayi baru lahir menangis?

  • hanya orang takut kepada Allah hambaNya
  • sebelum melakukan sesuatu perkara, tanya diri kita samada Allah suka atau tidak (sifir nak takut kepada Allah)
  • budak yang baru dilahirkan
            1) lahir mesti dalam keadaan bogel
                 - menunjukkan kita ini tidak cinta akan dunia
                 - menunjukkan kita ini lahir dalam keadaan suci
            2) keluar kepala dahulu
                 - menunjukkan kita sujud kepada Allah
                 - kita ini ada hubungan dengan Allah
            3) mesti menangis
                 - menangis yang pertama kerana bayi itu takut akan fitnah dunia
                 - menangis yang kedua kerana bayi itu di ganggu oleh syaitan
  • zuhud
           1) hati tak terikat dengan dunia
           2) orang perempuan lebih dari lelaki tak zuhud

Thursday 12 December 2013

Kita Tahu, TAPI?

#KITA TAHU

-Kita tahu tengok bola itu best, so kita tengok bola.
-Kita tahu tengok running man tu best, so kita tengok running man.
-Kita tahu bertwitter tu best, so kita semua brtwitter.
-Kita tahu kapel itu best, so ramai yg kapel.
-Kita tahu main bola itu best, so ramai yang main bola.
-Kita tahu shopping itu best, so ramai yang shopping.

#Tapi?

-Kita tahu kita sentiasa diiringi olehmalaikat, tapi kita masih melakukan dosa.
-Kita tahu Allah sentiasa melihat kita, tapi kita tetap wat maksiat.
-Kita tahu solat jemaah itu 27 kali ganda lebih ganjaran drpd solat sendirian, tapi kita solat di rumah. -Kita tahu mengumpat itu berdosa besar, tapi kita still melakukannya.
-Kita tahu tutup aurat itu wajib, tapi berapa rmai yang masih bukaaurat.
-Kita tahu hiburan itu melekakan, tapi berapa ramai yang mementingkan hiburan.
-Kita tahu merokok itu haram, tapiberapa ramai yang masih merokok. #muhasabah

mati membunuh kelazatan dunia

#MENGINGATI MATI

- selalu mengingati mati adalah sifat terpuji
- apabila mengingati mati, dia akan rasa untuk beribadat
- mati = membunuh kelazatan dunia
- kata nabi, orang yang cerdik ialah orang yang selalu mengingati mati
- cerdik bermaksud dia banyak buat amal dan tidak buat salah
- seboleh bolehnya kita mesti mengingati mati paling kurang 20x sehari

Etika Makan Cara Rasulullah S.A.W

ETIKA MAKAN CARA RASULULLAH S.A.W.

1. Makanan mesti halal.
2. Makan apabila perlu dan lapar.
3. Berniat apabila makan....
4. Baca Basmallah.
5. Makan makanan yang paling hampir terlebih dahulu.
6. Tidak mengkritik makanan.
7. Makan secara berjemaah, lebih berkat.
8. Tidak bersandar ketika makan.
9. Menjilat jari bagi mencari barakah.
10. Menimbang makanan terlebih dahulu ketika membeli. Tanda perlu perancangan.
11. Membaca Alhamdulillah dan doa selepas makan.
12. Makan dari bahagian tepi terlebih dahulu.
13. Makan 1/3, simpan 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk pernafasan sihat.
14. Beli makanan dengn wang dan harta halal.


from fb ustaz zaharuddim

Sedikit sebanyak berkaitan Jenazah - mesti tahu !

#jenazah

- nak bawa jenazah pergi kubur, bahagian kepala jalan dahulu
- ketika nak solat jenazah:
    = perempuan - kepala sebelah kanan imam
    = lelaki - kepala kiri imam
- kain kafan:
    = lelaki - 3 helai kain
    = peempuan - 5 helai kain
    = tapi yang wajib hanya satu helai bagi lelaki dan perempuan
- kedudukan imam:
    = lelaki - imam dekat kepala
    = perempuan - imam dekat pinggang
- orang yang membawa jenazah ke tanah perkuburan sunat lajukan perjalanan
- nak turunkan jenazah dalam kubur, seeloknya turunkan bahagian kepala dahulu
- jenazah di dalam kubur, muka mengadap kiblat adalah wajib
- sunat tinggikan tanah di atas mayat (kubur) sejengkal.

p/s tinggalkan komen jika ada tersilap dan jika tidak faham juga boleh tinggalkan komen

Masbuk Solat Jumaat. Lelaki yang suka datang lewat solat jumaat patut baca

# masbuk solat jumaat

- kalau sempat satu rakaat berjemaah bersama imam, maka kena tambah satu rakaat sahaja apabila imam bagi salam

- kalau tak sempat rakaat, maknanya tak sempat satu rakaat pon bersama imam, maka selepas imam bagi salam kena tambah 4 rakaat. macam solat zohor

- bagi yang masbuk tapi sempat satu rakaat bersama imam, sunat bagi dia untuk baca nyaring ( kuat )

- bagi yang masbuk dan tidak mendapat rakaat, sunat bagi dia baca perlahan

# berkaitan dengan niat

- jika kita masbuk dan tidak mendapat rakaat, adakah kita kena niat solat jumaat atau solat zohor?
    = ada dua pendapat, mengatakan kita boleh nak niat solat jumaat ataupun kita nak niat solat zuhur

- jika kita masbuk dan mendapat satu rakaat, maka kita kena niat solat jumaat

p/s harap tinggalkan komen jika ada tersalah. jika tidak faham juga tinggalkan komen

Wednesday 11 December 2013

berkaitan kematian dan solat jenazah

# solat jenazah
- wajib bagi orang yang hidup untuk sembahyangkan kepada si mati
- permasaalahan pembahagian gula atau duit selepas solat jenazah
     1) pemberian itu di benarkan. sebab apa, kita meganggap pemberian itu sebagai sedekah
     2) jika kita tak nak ambil pemberian itu, tolak dengan cara baik iaitu dengan cara ambil dulu pemberian itu dan sedekahkan balik kepada pemberinya/

# kucup jenazah
- di benarkan
- si mati tidak batal air sembahyang, tapi si hidup yang mengucup itu batal air sembahyang
- tertitik air mata atas si mati di benarkan
- haram meratap atas kematian si mati
- mengangis sekadar kesedihan di benarkan, tidak keterlaluan

# boleh atau tidak solat jenazah orang yang mati bunuh diri?
- kalau kita tahu niat dia memang nak bunuh diri seperti dia sebut dengan mulut dia nak bunuh diri, maka kita tidak boleh solat untuknya (solat jenazah)
- kalau kita tidak tahu niat diri untuk bunuh diri, tidak apa kita solat untuknya.
- p/s orang yang menghisap dadah pun sama

Tuesday 10 December 2013

tinggal solat kerana kawan?

dengan langkah kanan, zakwan (bukan nama sebenar) melangkah masuk ke dalam bas rapid KL dengan seorang kawan karib beliau. Dengan keadaan yang agak sesak di dalam bas, zakwan sempat mendapatkan tempat duduk di bahagian belakang bas. Kawan beliau dengan perkaian serba hitam melabuhkan punggung untuk duduk di sebelah zakwan. 'kau solat subuh x pagi tadi hakim?' zakwan memulakan perbualan dengan kawan karibnya. 'mana kau x solat, tiang agama tu, tapi aku solat kat bilik je la. tak sempat nak ke RSU(ruang solat utama)' jawab hakim ringkas. Dengan tangan di bahu, mata ke atas, zakwan memberitahu hakim bahawa dia ke RSU pagi tadi untuk solat subuh.

Alah, kau pergi RSU pon sebab awek kau je yang paksa. kalau tak, entah solat ke tak. 'ting tong', bunyi loceng dari bas rapid menandakan bas dah sampai di sebuah bangunan yang agak besar. Setia City Mall. Zakwan dengan penuh gah melangkah turun dari bas bersama kawannya

kedengaran bilal melaungkan azan zohor di sebuah masjid. 'jom pergi solat dulu, baru kita tengak2 barang yang nak di beli' hakim mengajak zakwan untuk solat. 'ala sekejap lah, zohor lambat lagi habis, sekarang baru pukul 1.30 p.m' jawab zakwan. dengan hati gelisah hakim mengikut jejak langkah zakwan untuk mencari kehendak sahabatnya itu. Hakim sempat menolah ke arah jam di lengan, menunjukkan pukul 4.00p.m. sahabatnya masih tidak menghiraukan waktu zohor yang kian di penhujungnnya.

dengan nada yang agak tinggi, hakim mengajak zakwan untuk solat. namun masih berkeras untuk terus memilih baju kegemarannya.

'Allahuakbarullahuakbar', kedengaran bilal melaungkan azan asar. mereka telah terlepas untuk solat zohor pada hari tersebut. 'alah, relek la hakim, besok2 kita boleh qada' ' kata zakwan kepada kawannya.

pengajaran :
1) jangan kerana shopping (dunia) kita meninggalkan solat
2) jangan melengahkan solat
3) solat di surau atau masjid jangan ingat kita bagus
4) kita bukan sahaja berkawan malah bersahabat

Monday 9 December 2013

lembu sebagai mangsa? soalan.

baru-baru ni, ada yang menanyakan saya, tentang soalan yang saya fikir menarik untuk dikongsikan bersama. soalan dia macam ni,


seorang non muslim menanyakan kepada sahabat saya itu, dia tanya, kenapa raya qurban @ raya haji, umat islam buat amal ibadat, lembu yang menjadi mangsa.


jadi, setelah lama saya dok cari jawapan dia, akhirnya jumpa juga jawapan yang memuaskan hati. ni saya tanya ustaz saya sendiri. jadi pertamanya kita kena faham, nak jawab kalau non muslim tanya, kalau kita bagi bukti al quran dan hadis bukannya dia nak percaya. jadi kita kena guna logik akal kita untuk jawab tapi boleh menyakinkan diaorang tentang islam


jawapan ustaz tu dia cakap mudah je, dia cakap umat islam tidak mengangap lembu itu sebagai mangsa, akan tetapi hanya non muslim yang menganggap lembu sebagai mangsa. huraian, lembu adalah satu makanan bagi umat islam. jadi raya haji, umat islam menyembelih lembu adalah untuk menandakan kesyukuran kepada Allah. di samping itu, kita boleh makan daging lembu itu. dan juga di agihkan kepada orang miskin. zaman dahulu, ada golongan miskin yang tidak dapat makan daging lembu  kerana kemiskinan. kalau nak makan daging lembu kena tunggu tiba musim raya haji. so antara hikmah dia ialah untuk membantu golongan miskin.

sakit itu ujian Allah

sakit atau musibah yang terkena pada seseorang adalah datangnya dari Allah S.W.T. tujuannya adalah pelbagai dan mempunyai hikmah tertentu

Thursday 5 December 2013

jadual kehidupan !

bangun pagi

solat subuh
al mathurat
baca al quran
solat dhuha
solat zohor
solat asar
al mathurat
solat magrib
solat isyak
tahajjud

sahabat... apa yang perlu dan apa yang tidak

sahabat. suatu perkataan yang membawa makna yang besar dalam kehidupan kita seharian. tanpa sahabat, hidup kita agak kurang sempurna. namun sebenarnya, tidak semua benda kita mesti tahu tentang sahabat kita. ada benda sahabat yang rahsiakan dari kita, kita tidak boleh paksa dia untuk ceritakan kepada kita. cukup sekadar dia menjadi sahabat untuk membimbing kita ke jalan yang di redhai Allah. kerana apa sababat amat penting dalam kehidupan. setiap benda yang kita buat mesti ada sahabat di sisi kita. so. apa yang nak di tekankan di sini, tidak semestinya kita tahu rahsia yang di rahsiakan oleh sahabat untuk kita !

sebuah cerita "TITIK HITAM?"

Rahim seorang pemuda melawat sebuah sekolah agama Islam di mana dia melihat seorang pengukir dinding sedang bekerja.

Pengukir dinding sedang mengukir ayat-ayat Quran yang mempunyai kalimah Allah.

Akan tetapi Rahim mendapati ada dua ukiran yang sama di atas meja yang belum dipasangkan ke dinding.

“Mengapa buat dua yang sama?” tanya Rahim.
...

“Tidak. Hanya perlukan satu,” kata pengukir dinding. “Yang satu itu rosak bila hampir nak siap tadi.”

Rahim mengambil ukiran itu untuk melihat – tiada kesilapan pada ayat Quran yang diukir pada papan yang dikatakan rosak itu.

“Mana rosaknya?” tanya Rahim.

“Ada kotoran pada kalimah Allah, terkena cat hitam sikit tadi. Cuai,” jawab pengukir dinding.

Rahim nampak satu bintik kecil hitam pada kalimah Allah.

“Nak pasang mana papan ini di dinding?” tanya Rahim.

“Di bahagian paling atas itu,” jawab pengukir dinding sambil menunjuk tempatnya.

“Kalau tinggi begitu, tiada siapa yang nampak bintik hitam tu lah,” kata Rahim.

Pengukir dinding itu menghentikan kerja dan memandang ke arah Rahim.

“Saya tahu. Allah tahu!”

Wahai anakku,
Ingatlah Allah sedang memerhatikan setiap gerak-geri kamu. Oleh itu, sentiasa buatlah sesuatu yang membanggakan Tuhanmu.
from fb : dato' tuan ibrahim bin tuan man

Wahai Anaku - Nasihat berguna

Wahai anakku,
Selalu ingatkan diri bahawa jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia.

Sebaliknya, anak kesayanganku, ingatlah bahawa jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat.

Nabi SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besar...
nya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”

Wahai anakku,
Tahukah kamu bahawa orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah?

Tahukah kamu bahawa bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa?

Tahukah kamu di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya?

Oleh itu, wahai anakku, kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.

Kerana seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.

Maka itu, bersabarlah wahai anakku dalam menghadapi kesusahan kerana kamu akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.

Jika seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah hendaklah dia bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya dia yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.
from fb : dato' tuan ibrahim bin tuan man

Cinta Sang Dae: ISU UMMATI

LAI LAI LAI
Cinta Sang Dae: ISU UMMATI: ISU UMMATI Bismillah pemula coretan hari ini.... Sekarang hangat diceritakan tentang isu Ummati3x.......setelah ana menelaah bebera...

Tuesday 24 September 2013

panduan kehidupan di universiti

Kehidupan di universiti. 6 perkara yang jika dijaga in sha Allah berjaya di dunia akhirat. 

1) solat lima waktu
2) membaca al quran. Paling kurang 1 page setiap hari. 
3) menjaga padangan
4) menjaga percakapan
5) menjaga hubungan sesama manusia
6) study ikhlas kerana Allah. 

#pesanan kepada diri sendiri

MUTIARA KATA USTAZ ZAHAZAN. Deep !!

*dapat daripada sahabat. Just sharing !
Sharing dr ust zahazan. Mendalam maksud nya.


1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu  besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki   bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang. (dihantar oleh Us Zahazan)

Tuesday 16 July 2013

IKHLASKAN HATI

Ikhlas tak datang bergolek masuk ke dalam
hati. Ikhlas bukan dengan kata-kata
mahupun 'saya rasa'. Ikhlas perlu dilatih
dengan amal.

Jangan tinggalkan kerana tidak ikhlas.
Mari kita berbuat.
Mari manfaatkan ramadhan untuk
menjemput hidayahNya.

Smile 

BENDA PENTING YANG KITA SERING LUPA

kita sibuk menbicarakan tentang soal sah dan batalnya solat,
kita sibuk menbicarakan teantang soal sah dan batalnya puasa,
kita sibuk menbicarakan tentang soal sah dan batalnya haji,
akan tetapi kita lupa terhadap benda yang lebih penting iaitu mengenai tentang sah dan batalnya IMAN kita. Yang mana iman ini akan menetukan akhirat kelak sama ada kita akan ke syurga atau ke neraka.
*tidak bermakna soal sah dan batalnya solat, puasa, haji itu tidak penting, akan tetapi sebagai peringatan kepada kita bersama tentang benda yang lebih penting.

smile

Monday 15 July 2013

Cinta Sang Dae: AIRMATA RASULULLAH SAW( hanya ilustrasi sahaja ...

Cinta Sang Dae: AIRMATA RASULULLAH SAW


( hanya ilustrasi sahaja ...
: AIRMATA RASULULLAH SAW ( hanya ilustrasi sahaja ) Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan sal...

Cinta Sang Dae: IKHTILAT!!!Zaman sekarang agak sukar untuk sese...

Cinta Sang Dae:
IKHTILAT!!!

Zaman sekarang agak sukar untuk sese...
: IKHTILAT!!! Zaman sekarang agak sukar untuk seseorang lelaki mahupun wanita untuk menjaga pandangan mata .Saban hari saban waktu ...

SEDIH: LELAKI BUTA DAN ISTERINYA

Alkisah seorang buta dan rahsia...

Karim yang buta sejak berusia 8 tahun tidak pernah jemu memohon agar Allah mengembalikan pengli-hatannya. 

Sejak terkena demam panas, ia terus menempuh kehidupan dalam serba kegelapan. Namun itu bukan alasan baginya untuk mengabai-kan perintah Allah dan berusaha mendekatkan diri padaNya. 

Setiap selepas solat, Karim akan menadah tangan merayu -rayu agar Allah mengembalikan penglihat-an kepadanya. Teringin benar ia melihat wajah isteri dan anaknya yang masih kecil.

Namun, Karim masih beruntung kerana mempunyai seorang kawan Hakimi yang kebetulan jiran yang sentiasa mengambil berat kehidupannya sekeluarga. Apa sahaja hajat beliau dan keluarga, Hakimilah tempat ia meminta pertolongan.
Terlalu banyak jasa Hakimi kepada dia dan keluarga. Pernah satu hari anaknya demam, Hakimilah membawanya ke hospital.

“Hakimi, saya ucap terima kasih banyak-banyak kerana pertolongan dan bantuan yang kamu berikan pada saya, isteri dan anak."

Ucapan penghargaan sering menghembur keluar dari mulut Karim. Namun dia tidak kecewa atau berputus asa, terus bermunajat kepada Ilahi setiap kali lepas solat.

Suatu hari selepas solat asar ia terus munajat, merayu sesungguh hati, “Ya Allah, kurniakanlah penglihatan kepadaku dengan rahmat dan kebesa-ran-Mu, Ya Allah, tolonglah aku untuk melihat dunia ciptaanMu, Ya Allah, dengan kekuasaan yang ada padaMu dan dengan rahmatMu, pulihlah kembali penglihatanku, tolonglah ya Allah, tolonglah ya Allah."

Karim terus merayu dan merayu. Tetiba dia terasa ada cahaya masuk ke kelopak matanya, ia semakin terang dan terang. Akhirnya ia dapat melihat kembali.

"Ya Allah, Ya Allah.” Karim terus menangis, dan menangis kegembiraan. Ia terus sujud syukur, ia dapat melihat semula setelah bertahun ia berada dalam kegelapan.

Karim terus teringatkan anaknya yang masih kecil, isteri kesayangan dan Hakimim yang sering membantunya. Ia terus keluar masjid menuju rumahnya yang tidak jauh. Ia berjalan laju tidak sabar untuk memberitahu isterinya, dan tidak sabar ia ingin melihat anaknya.

Ia menerpa masuk ke dalam rumahnya, dan terus mencari anak dan isteri. Ia meluru ke bilik tidurnya. Pintu terus dibuka, dan ia melihat dua insan sedang berpeluk mesra. Hakimi dan isterinya.

Ya Allah, apa ini. Ia terus berteriak, tangisan kegembiraan terus bertukar menjadi hiba dan kecewa.

"Ya Allah, sewaktu aku buta, aku gembira dan bahagia. Kini setelah aku dikurniakan kembali penglihatan, engkau tarik kegembiraanku dan kepercayaanku pada isteri dan sahabatku.”

Pengajaran terkadang sengaja Allah rahsiakan sesuatu perkara kerana kebaikan yang banyak. Peristiwa silam yang dialami oleh setiap insan sebahagiannya bukan untuk dikongsi dengan orang lain.

Tetapi ianya untuk dipohon keampunan dari Allah. Dan jangan khianat kerana kalaupun di dunia tidak dibongkar, nanti akhirat akan diketahui dan diterima jua balasannya.


daripada FB : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man official

Friday 12 July 2013

KISAH BENAR : SEDIH + TERHARU

KISAH BENAR 
Saya mengajar di sekolah rendah 
di tengah-tengah bandaraya 
Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi 
petang. Salah seorang murid saya 
setiap hari datang lambat ke 
sekolah. Kasut dan bajunya selalu 
kotor. Setiap kali saya bertanya 
tentang baju dan kasutnya dia 
hanya berdiam diri. Saya masih 
bersabar dengan keadaan 
pakainnya 
tetapi kesabaran saya tercabar 
dengan sikapnya yang setiap hari 
datang lambat. Pada mulanya 
saya hanya memberi nasihat. Dia 
hanya menundukkan kepala 
tanpa berkata-kata kecuali 
anggukkan yang seolah-olah 
dipaksa. Kali kedua saya memberi 
amaran, dia masih juga 
mengangguk tetapi masih juga 
datang lambat keesokannya. 
Kali ketiga saya terpaksa 
menjalankan janji saya untuk 
memukulnya kalau masih lambat. 
Anehnya dia hanya menyerahkan 
punggungnya untuk dirotan . 
Airmata saja yang jatuh tanpa 
sepatah kata dari mulutnya. 
Keesokan harinya dia masih juga 
lambat, dan saya memukulnya 
lagi. Namun ia masih tetap datang 
ke sekolah dan masih tetap 
lambat. Suatu hari saya 
bercadang untuk mengintipnya ke 
rumahnya. Setelah mendapatkan 
alamatnya, saya meneruskan niat 
saya. Dia tinggal di sebuah 
kawasan setinggan tidak berapa 
jauh dari sekolah. Keadaan 
rumahnya sangat daif. 
Saya nampak murid saya itu 
sedang berdiri di depan 
rumahnya dalam keadaan gelisah. 
Seorang wanita yang mungkin 
ibunya juga kelihatan gelisah. 
Lebih kurang pukul 1.30 seorang 
anak lelaki sedang berlari-lari 
sekuat hati menuju ke rumah itu. 
Sambil berlari dia membuka baju 
sekolahnya. Sampai di depan 
rumah baju dan kasutnya 
diserahkan pula kepada murid 
saya yang terus bergegas 
memakainya. Sebelum pakaian 
sekolah sempurna dipakai, dia 
sudah berlari ke arah sekolah. 
Saya kembali ke sekolah dengan 
penuh penyesalan. Saya 
memanggil anak itu sambil 
menahan airmata yang mula 
tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi 
cikgu pergi ke rumah kamu dan 
memerhatikan kamu dari jauh. 
Siapa yang berlari memberikan 
kamu baju tadi?" Dia terkejut dan 
wajahnya berubah. "Itu abang 
saya. Kami kongsi baju dan kasut 
sebab tak ada baju lain. Itu saja 
baju dan kasut yang ada. 
Maafkan saya, cikgu." Jawabnya 
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu 
dan kenapa kamu biarkan saja 
cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, 
jangan meminta-minta pada 
orang, jangan ceritakan 
kemiskinan kita pada orang. 
Kalau cikgu nak pukul serahkan 
saja punggung kamu." Sambil 
menahan airmata yang mula 
berguguran saya memeluk anak 
itu, "Maafkan cikgu, ......." 
Kejadian itu cukup menginsafkan 
saya. Selepas itu saya cuba 
membantunya setakat yang 
mampu. 
Dipetik dari pengalaman seorang 
guru yang dedikasi. 
Moral : Bersyukurlah dengan apa 
yang kita ada berbanding dengan 
orang yang tidak mempunyai 
apa-apa.. 

APA YANG KITA LUPA ?

'Jangan tolong jiran itu, dia tak akan hargai niat kita.'

'Jangan bantu kawan itu, dia selalu mengambil kesempatan sahaja.'

'Jangan derma pada pengemis, banyak mereka sekarang menipu.'

'Jangan bantu saudara itu, bila dia senang dia tak pernah ingat kat kita.'

Selalu ada pemikiran sedemikian?

Itu petanda kita selalu lupa bahawa kita berbuat sesuatu untuk mendapat pahala dan keredhaan Allah.

Seperti terjumpa pengemis, jika terasa berat bahawa duit yg diderma bukan sampai kepadanya...

Boleh jangan derma duit, bagilah sebungkus nasi lemak untuk mengenyangkan perutnya untuk satu kali makan.

Asal niat nak membantu, ada banyak kaedahnya. Asal niat tidak ingin beramal, ada banyak yang ditakutkan.

Buat renungan di bulan Ramadan.

Thursday 11 July 2013

HAKIKAT PUASA

Sebenarnya banyak perkara yang ingin Allah tunjukkan kepada kita yang kerdil ini dalam amalan berpuasa.

Antara hikmah tersirat yang terpenting dalam menahan dahaga, lapar dan nafsu ialah minda kita kurang melayang ketika berpuasa kerana dahaga, lapar dan nafsu. 

Oleh kerana itu, emosi kita lebih tenang, kerana minda tiada masa untuk bersangka buruk, memikirkan perkara-perkara yang lepas, membayangkan masa depan yang menakutkan kita kerana sibuk menahan dahaga, lapar dan nafsu secara tidak sedar dan sedar.

Ketika berpuasa, kita sentiasa hidup dalam “masa kini”, yang lepas tidak dikisahkan, yang akan datang tidak sempat difikirkan. Ketika pagi tidak terfikir petang, ketika petang tidak terfikir pagi. Dan masa inilah juga manusia lebih mudah mencapai ketenangan dan terasa diri kurang membazir masa.

Pada pandangan ana, itulah antara perkara tersirat yang dilatih pada diri kita oleh Allah ketika berpuasa.

Sekadar renungan, berapa ramaikah antara kita yang belajar dan juga membawa perkara tersirat ini yang dipelajari setiap bulan Ramadhan dalam kehidupan seharian?

ciuman suami untuk isteri ! SWEET !!

Alkisah ciuman pagi…

Sejak kecil saya sering melihat, papa sebelum keluar dari rumah untuk kerja, papa akan mencium dahi mak sambil membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Mama pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan papa dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, mama akan menghantar satu sms untuk papa bertanyakan sudah papa makan tengahari.

Bila lepas asar, mak akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama papa.

Mama tidak bertanya apakah papa malam ini akan pulang makan. Mama selalu masak dan lepas itu barulah mak menghantar sms ke papa bertanya apakah papa akan pulang untuk makan.

Jika papa kata ya, mama akan tunggu sehingga papa balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu papa.

Satu malam, mama bertengkar dengan papa kerana papa berkata sesuatu yang mama tidak suka.

Pada sebelah paginya, mama tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan papa.

Tapi mama dan papa tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika papa keluar pintu rumah, papa tidak mengucup dahi mama. Mama pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada papa.

Apabila kereta papa sudah keluar, mama menangis.

“Mama, mengapa ngangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata mak yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Mama balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.

15 minit kemudian, ada kereta henti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Papa patah balik. “Mama mana?”

“Dalam bilik.”

Papa terus ke bilik. Saya mengikut. Papa terus memeluk mama dan mencium dahinya dan membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Air mata mama mengalir lagi.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata papa sebelum beredar balik ke kerja.

Mama tersenyum semula riang.

“Mama tadi menangis pasal papa ke? Mama senyum ini pun pasal papa ke?”

“Anak mama ini. Ya, mama menangis dan senyum pun untuk papa?” jawab mama.

“Papa ini nakallah, sekejap buat mama ngangis, sekejap buat mama senyum,” kata saya.

“Tak. Papa orang baik. Mama yang sakitkan hati papa semalam. Apa yang mama nak papa beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan mama. Mama merajuk semalam tatkala papa letih kerja kerana lupa belikan hadiah buat harijadi ayang. Papa kata terlupa, mama pula terlebih kata papa tiada hati untuk keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana papa tak buat demikian, mama merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila papa pergi kerja tak cium dahi mama, mama menangis bukan kerana papa, tapi kerana mama terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan papa, dan terasa papa tak sayang kat mama. Tapi apabila papa balik mencium dahi mama, mama terasa papa sangat sayang kat mama, dan mama sempat memohon maaf pada papa, sebab itu mama senyum,” kata mama.

Saya tak berapa faham kata-kata mama kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya papa ketika mama sudah tidur keletihan.

“Papa, mengapa papa patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Mama dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila mama tahu papa terlupa beli harijadi ayang, mama naik berang kata papa tiada hati untuk keluarga. Papa terguris sedikit, tapi papa ada ego tak nak mengaku salah.

Masa memandu terfikir bagaimana mama setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu papa pulang untuk makan malam bersama, papa terasa bersalah bertindak kejam pada mama dengan tidak mencium dahi mama. Papa pulang kerana papa tahu mama adalah orang terpenting dalam hidup papa dan papa tak boleh biarkan mama sedih walaupun sesaat,” terang papa.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui mama dan papa. Rupa-rupanya ombak yang melanda mama dan papa sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kesayangan dan keeratan dengan orang tersayang setelah ombak itu reda kerana kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

Satu lagi cerita untuk renungan malam ini.


daripada facebook : dato' tuan ibrahim bin tuan man official

Wednesday 10 July 2013

CARA UNTUK BERASA SYUKUR DENGAN ALLAH

Untuk berasa syukur dengan Allah - renungkan perkara ini...

Renungkan dosa-dosa kita, kemudian melihat apa yang telah diberikan oleh Allah untuk kita pada waktu ini - walaupun kita telah melakukan pelbagai dosa.


Tetiba kita akan terasa walaupun kita ini banyak berdosa, Allah tetap melayan kita dengan teramat baik - kita masih bernafas, mempunyai makan yang cukup, ada tempat berteduh... masih boleh melihat matahari terbit... bersembahyang dan sebagainya...


Terasa sayu hati tak terhadap layanan Allah s.w.t. pada kita?

TABAH DENGAN UJIAN

UJIAN datang membawa PENGALAMAN yg cukup BERHARGA bersamanya. UJIAN bukannya HUKUMAN ALLAH terhadap kita, tetapi sebagai suatu HIKMAH yg tersirat dan penuh dengan KEBAIKAN DARINYA.

damaikan hati

Ya ALLAH Ya Rabb,
Damaikanlah hati ini,
Dengarlah rintihan ini,
Hanya padaMu aku mengadu,
Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Mengetahui lagi Maha Memahami..

SUATU BARANG YANG BERNILAI

Sesuatu barangan itu bernilai bukan sangat kepada barangan, tetapi keadaan menentukan nilainya. 

Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai kapai kelemasan. Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainnya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa. Tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir.

Demikianlah pahala tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat , yang semua tiada bernilai melainkan pahala. Nilai-nilai baik di bulan Ramadan pula sering dilupakan tatkala bulan ini berlalu.

Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, maka kutiplah apa yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu.

Saturday 9 March 2013

15 PINTU SYAITAN YANG ADA DALAM DIRI

15 pintu syaitan yang ada di dalam diri kita : 1. pintu marah 2. cinta dunia 3. kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu) 4. panjang angan-angan 5. rakus 5. bakhil 7. suka pada pujian 8. riak 9. ujub (merasa kagum) 10. takut dan gelisah 11. buruk sangka 12. memandang rendah pada orang lain 13. merasa suka pada dosa 14. merasa aman daripada pembalasan "ALLAH" 15. putus asa daripada rahmat"ALLAH" Wallahualam...

Thursday 7 March 2013

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH

♥>> SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH..<<♥ ~✿>> Seorang doktor di Amerika Syarikat telah MEMELUK ISLAM kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya ­..dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran..dia adalah seorang Doktor Neurologi..sete lah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" . ~✿>> Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat- ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an..di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. ~✿>> Apabila ditanya bagaimana dia TERTARIK untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan KAJIAN URAT SARAF, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah..padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara NORMAL.. ~✿>> Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang SUJUD semasa mengerjakan SOLAT.. ~✿>> Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja..ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut KADAR WAKTU SOLAT yang diwajibkan oleh Islam.. ~✿>> Begitulah KEAGUNGAN ciptaan Allah..tidak menunaikan solat, menyebabkan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal..KEJADIA ­N MANUSIA ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam "SEPENUHNYA" kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agamaNya yang indah ini..♥♥ p/s : SOLAT itu mendekatkan dirimu dengan PENCIPTAMU..:)

Sunday 3 March 2013

4 PERKARA YANG MEROSAKKAN HATI

Hendaklah kita meninggalkan 4 perkara yang boleh merosakkan hati kita: 1- Jauhkan berdebat dan bertengkar kerana apabila kita menang, kita jadi sombong, kalaukita kalah kita akan berdendam atau hasad 2- Mencari pujian atau sanjungan kerana jika kita tidak mendapatnya kita akan menjatuhkan orang yg mendapat sanjungan itu atau mencelanya 3- Bergaul dengan orang-orang yg selalu mencari keaiban orang lain nanti dia akan melihat keaibanmu kemudian membukanya kepada orang lain 4- Janganlah kamu terlalu menghimpunkan harta sehingga meninggalkan ibadat kepada Allah, kerana yg kamu dapati itu tidak membawa keberkatan dalam hidupmu Nasihat untuk diri sendiri juga ツ -smile-

Monday 11 February 2013

ayat yang sering kita dengar

Ayat yang seringkali kita dengar dari orang yang mengaku Islam didalam dirinya: 1. "Hati kami baik walaupun kamitak tutup aurat." 2. "Orang yang solat belum tentubaik." 3. "Orang berpuasa belum tentu sembahyang." 4. "Wanita yang tutup aurat belum tentu baik." Jawapannya adalah: 1. Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah s.w.t? 2. Orang yang baik tentu akan solat. 3. Orang yang solat sudah tentu berpuasa. 4. Wanita yang baik sudah tentu tutup aurat. Jom2 berubah ke arah kebaikkan

terharu: sebuah hidangan isteri

Mak saya suka memasak tapi makbukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah. Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan. Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidanganmak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit. Namun saya diam. Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimanasekolah hari ini. Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya. Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.” Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yangmasih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan. “Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak takmelukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah. Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak. Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya… “Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?” “Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak. Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini. Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu. Mak dan ayah dan tindak-tandukmereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuhsentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia. Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah padamereka yang tidak. Sebuah tulisan untuk renungan. #copypaste

Sunday 10 February 2013

SEDIH: apa yang anda tak tahu tentang ayah

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH ??? Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlahyang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedark ­ ah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya.Maka kita telah melanggar kepercayaannya. ­ ..Maka ayah lahyang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayahhanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Sa ­ at kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiaka ­n lah putra puteri kecilku yg manis bersama pasangannya".. Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekalidtg untuk menjenguk..Deng ­an rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita. p/S: Sebak hati Admin -

alkisah 2 adik beradik

Alkisah dua beradik… Satu masa dahulu, dua beradik, yang tinggal di dua kebun bersebelahan telah berbalah dan berkelahi. Ia adalah satu pertelingkahan yang serius dalam tempoh 40 tahun untuk dua adik beradik petani berjiran ini, yang berkongsitanah, peralatan, pekerja dan hasil untuk sekian lama. Kerjasama utuh antara dua adik beradik akhirnya berkecai. Ia bermula daripada satu salah faham yang kecil sehingga menjadi satu masalah yang besar sehingga akhirnya pertukaran kata-kata melampau melukakan hati diikuti dengan perang dingin berminggu lamanya. Satu hari, ada seorang datang mengetuk pintu abang. Lalu abang membuka pintu melihat seorang yang penuh dengan peralatan pembinaan. “Saya sedang mencari kerja untukbeberapa hari,” kata Riduan. “Bolehkah abang beri berikan beberapa tugas kecil yang saya boleh bantu?” “Ya,” jawab abang. “Saya ada kerja untuk saudara. Lihat parit besar itu di kebun belah sana. Diajiran saya. Oh tidak, sebenarnya dia adik saya. Minggu lepas kami gaduh besar, dan dia ambil bulldozer mengorek dari sungai itu dan membina parit antara duakebun kita. Adik saya telah melakukan ini untuk menunjukkan dia benci saya. Sayanak buat yang lebih baik untuk balas dendam.” “Lihat balak kayu di belakang kebun saya. Saya nak saudara binakan satu pagar 8 kaki tinggi mengelilingi kebun saya supaya kebun dia tidak lagi kelihatan daripada pandangan saya buat selama-lamanya, ­” tambah abanglagi. Riduan mengangguk. “Saya faham situasi abang. Berikan saya paku, mesin untuk mengorek lubang dan saya akan siapkan kerja yang abang suka.” Abang itu terpaksa keluar bandaruntuk satu minggu untuk mencaripelanggan baru. Setelah menyediakan semua badan mentah untuk Riduan – abang terus ke bandar. Selama seminggu, Riduan bertungkus lumus menyiapkan kerja sebaik mungkin. Hampir seminggu, kerja yang dijanjikan hampir siap. Abang kembali daripada bandar dengan harapan menyaksikan pagar 8 kaki telah terbina. Setibanya di kebun, abang terkejut mulut ternganga dengan apa yang dibuat Riduan dan terusberasa marah dan bengis. Tiada pagar 8 kaki, tapi satu jambatan melintasi parit yang dibina adiknya menyambung kedua-dua kebun bersama kembali. Terjumpa Riduan, abang ingin membuka dan marah, “Apa awakbuat…. “ Tetiba adiknya menyampuk. Rupa-rupanya adiknya telah datang ke kebun abang setelah jambatan itu siap. “Tak sangka setelah kata-kata kesat dan melampau adik pada abang, abang masih bina jambatan menghubungkan dua kebun ini. Maafkan adik… Adik yang tersilap. Adik sayang abang,”kata adik kepada abang. Kemarahan abang pada Riduan kini bertukar menjadi kagum dan terhutang budi. Riduan mula mengumpulkan barangnya untuk beredar. “Mana kamu nak pergi? Banyak lagi kerja untuk kamu!” kata abang. “Saya nak tinggal, tapi terdapat lagi banyak jambatan yang sedang menunggu saya untuk membinanya,” kata Riduan. “Mengapa saudara berani buat jambatan dan bukannya pagar seperti yang diminta?” tanya abang yang masih tidak memahami niat Riduan. “Apa gunanya kehebatan ilmu membina ana jika ana gunakannya untuk galakkan permusuhan dan bukan persahabatan antara dua adik beradik yang hanya marah kerana tersilap kata? Apa gunanya umur panjang kalaukita biarkan mereka yang dalam kebencian hidup dalam kebenciantanpa cuba membantu mereka?” jawab Riduan. "Hidup ini singkat. Jangan bazirkan dengan membiarkan kebencian, kemungkaran, ketidak-adilan dan kezaliman berterusan. Bantu setakat boleh untuk Allah swt," tambah beliau lagi. Senyum.

Saturday 9 February 2013

pakailah walaupun terpaksa

Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG.Ada orang tanya, bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz? Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : BERTUDUNGlah walau TERPAKSA.SOLATl ­ah walau TERPAKSA.PUASAl ­ah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa. Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya. Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah? *Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut..

10 jenis air mata manusia

1- Air Mata yang paling hebat adalah Air Mata Kemenangan. 2-Air Mata yang tidak berdosa adalah Air Mata Kanak-kanak. 3- Air Mata yang amat memberi kesan adalah Air Mata Taubat. 4- Air Mata yang paling melemahkan adalah Air Mata Wanita. 5- Air Mata yang paling Indah adalah Air Mata Kemaafan. 6- Air Mata yang Sedih adalah AirMata memberi kelapangan. 7- Air Mata yang memberi Kebahagiaan adalah Air Mata Kejayaan. 8- Air Mata yang paling amat menduga adalah Air Mata Kesakitan. 9- Air Mata yang paling memberi Pengajaran adalah Air Mata Penyesalan. 10- Air Mata yang paling menipu adalah Air Mata Buaya.

perkataan yang ditunggu wanita

3 perkataan yang sangat ditunggu-tunggu wanita, .. Bukanlah I Love You .. Juga bukan I Miss You ... Tapi lafaz .. "Aku Terima Nikahnya" Yang meleraikan kegelisahan di hati, .. Yang menghalalkan yang haram... Halal kan cinta dengan kalimat.

HAKIKAT AIR MATA PEREMPUAN

Apabila ditinggalkan kekasihnya. Wanita itu menangis kerna cintanya telah didusta. dia menangis kerna hati kekasihnya telah berubah...dia menangis kerna cintanya yang ikhlas telah dipermainkan... ­. Apabila suaminya dilanda musibah. Wanita itu menangis didalam hatinya. tidak didepan suaminya kerna hatinya pilu melihat kemurungan suami dan hatinya luka melihat suaminya perlu bekerja keras demi keluarga. Apabila ibu dan ayahnya menyambut panggilan Ilahi. Semua wanita akan mengalirkan air mata mereka. bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan, malah bertahun lamanya. ibu danayah merupakan hubungan istimewa yang Allah ciptakan. Apabila dirinya di ijab dan kabul...Wanita itu menangis kerana dirinya akan meninggalkan ibu bapanya. Dia menangis kerana dirinya akan diserahkan kepada lelaki yang dicintainya. Dan masa depannya pula belum diketahuinya lagi. Air mata wanita melambangkan perasaannya. apabila dia menangis, itulah perasaanya yangikhlas tatkala itu air mata tidak berbohong wahai kaum adam. Seorang wanita itu tidak akan menangis jika hatinya tidak terluka atau tersentuh akan sesuatu hal. Air mata akan berguguran seiring dengan perasaannya. Titisan air mata wanita itu melambangkan Keikhlasan, Kejujuran, Kesedihan,Kegembiraan, Kepasrahan, Ketakutan, Kecurangan, Pendustaan, Kepercayaan, Kesetiaan, Kekuatan, dan Kesucian. Mengapa harus ada air mata? Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan yang munasabah...Set ­elah puas saya berfikir, sedikit demi sedikit mulai saya fahami, sebenarnya airmata wanita adalah AIR MATA KEHIDUPAN. Yang sudah menjaditugas Kaum Adam untuk lebih menghargainya