Tuesday 16 July 2013

IKHLASKAN HATI

Ikhlas tak datang bergolek masuk ke dalam
hati. Ikhlas bukan dengan kata-kata
mahupun 'saya rasa'. Ikhlas perlu dilatih
dengan amal.

Jangan tinggalkan kerana tidak ikhlas.
Mari kita berbuat.
Mari manfaatkan ramadhan untuk
menjemput hidayahNya.

Smile 

BENDA PENTING YANG KITA SERING LUPA

kita sibuk menbicarakan tentang soal sah dan batalnya solat,
kita sibuk menbicarakan teantang soal sah dan batalnya puasa,
kita sibuk menbicarakan tentang soal sah dan batalnya haji,
akan tetapi kita lupa terhadap benda yang lebih penting iaitu mengenai tentang sah dan batalnya IMAN kita. Yang mana iman ini akan menetukan akhirat kelak sama ada kita akan ke syurga atau ke neraka.
*tidak bermakna soal sah dan batalnya solat, puasa, haji itu tidak penting, akan tetapi sebagai peringatan kepada kita bersama tentang benda yang lebih penting.

smile

Monday 15 July 2013

Cinta Sang Dae: AIRMATA RASULULLAH SAW( hanya ilustrasi sahaja ...

Cinta Sang Dae: AIRMATA RASULULLAH SAW


( hanya ilustrasi sahaja ...
: AIRMATA RASULULLAH SAW ( hanya ilustrasi sahaja ) Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan sal...

Cinta Sang Dae: IKHTILAT!!!Zaman sekarang agak sukar untuk sese...

Cinta Sang Dae:
IKHTILAT!!!

Zaman sekarang agak sukar untuk sese...
: IKHTILAT!!! Zaman sekarang agak sukar untuk seseorang lelaki mahupun wanita untuk menjaga pandangan mata .Saban hari saban waktu ...

SEDIH: LELAKI BUTA DAN ISTERINYA

Alkisah seorang buta dan rahsia...

Karim yang buta sejak berusia 8 tahun tidak pernah jemu memohon agar Allah mengembalikan pengli-hatannya. 

Sejak terkena demam panas, ia terus menempuh kehidupan dalam serba kegelapan. Namun itu bukan alasan baginya untuk mengabai-kan perintah Allah dan berusaha mendekatkan diri padaNya. 

Setiap selepas solat, Karim akan menadah tangan merayu -rayu agar Allah mengembalikan penglihat-an kepadanya. Teringin benar ia melihat wajah isteri dan anaknya yang masih kecil.

Namun, Karim masih beruntung kerana mempunyai seorang kawan Hakimi yang kebetulan jiran yang sentiasa mengambil berat kehidupannya sekeluarga. Apa sahaja hajat beliau dan keluarga, Hakimilah tempat ia meminta pertolongan.
Terlalu banyak jasa Hakimi kepada dia dan keluarga. Pernah satu hari anaknya demam, Hakimilah membawanya ke hospital.

“Hakimi, saya ucap terima kasih banyak-banyak kerana pertolongan dan bantuan yang kamu berikan pada saya, isteri dan anak."

Ucapan penghargaan sering menghembur keluar dari mulut Karim. Namun dia tidak kecewa atau berputus asa, terus bermunajat kepada Ilahi setiap kali lepas solat.

Suatu hari selepas solat asar ia terus munajat, merayu sesungguh hati, “Ya Allah, kurniakanlah penglihatan kepadaku dengan rahmat dan kebesa-ran-Mu, Ya Allah, tolonglah aku untuk melihat dunia ciptaanMu, Ya Allah, dengan kekuasaan yang ada padaMu dan dengan rahmatMu, pulihlah kembali penglihatanku, tolonglah ya Allah, tolonglah ya Allah."

Karim terus merayu dan merayu. Tetiba dia terasa ada cahaya masuk ke kelopak matanya, ia semakin terang dan terang. Akhirnya ia dapat melihat kembali.

"Ya Allah, Ya Allah.” Karim terus menangis, dan menangis kegembiraan. Ia terus sujud syukur, ia dapat melihat semula setelah bertahun ia berada dalam kegelapan.

Karim terus teringatkan anaknya yang masih kecil, isteri kesayangan dan Hakimim yang sering membantunya. Ia terus keluar masjid menuju rumahnya yang tidak jauh. Ia berjalan laju tidak sabar untuk memberitahu isterinya, dan tidak sabar ia ingin melihat anaknya.

Ia menerpa masuk ke dalam rumahnya, dan terus mencari anak dan isteri. Ia meluru ke bilik tidurnya. Pintu terus dibuka, dan ia melihat dua insan sedang berpeluk mesra. Hakimi dan isterinya.

Ya Allah, apa ini. Ia terus berteriak, tangisan kegembiraan terus bertukar menjadi hiba dan kecewa.

"Ya Allah, sewaktu aku buta, aku gembira dan bahagia. Kini setelah aku dikurniakan kembali penglihatan, engkau tarik kegembiraanku dan kepercayaanku pada isteri dan sahabatku.”

Pengajaran terkadang sengaja Allah rahsiakan sesuatu perkara kerana kebaikan yang banyak. Peristiwa silam yang dialami oleh setiap insan sebahagiannya bukan untuk dikongsi dengan orang lain.

Tetapi ianya untuk dipohon keampunan dari Allah. Dan jangan khianat kerana kalaupun di dunia tidak dibongkar, nanti akhirat akan diketahui dan diterima jua balasannya.


daripada FB : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man official

Friday 12 July 2013

KISAH BENAR : SEDIH + TERHARU

KISAH BENAR 
Saya mengajar di sekolah rendah 
di tengah-tengah bandaraya 
Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi 
petang. Salah seorang murid saya 
setiap hari datang lambat ke 
sekolah. Kasut dan bajunya selalu 
kotor. Setiap kali saya bertanya 
tentang baju dan kasutnya dia 
hanya berdiam diri. Saya masih 
bersabar dengan keadaan 
pakainnya 
tetapi kesabaran saya tercabar 
dengan sikapnya yang setiap hari 
datang lambat. Pada mulanya 
saya hanya memberi nasihat. Dia 
hanya menundukkan kepala 
tanpa berkata-kata kecuali 
anggukkan yang seolah-olah 
dipaksa. Kali kedua saya memberi 
amaran, dia masih juga 
mengangguk tetapi masih juga 
datang lambat keesokannya. 
Kali ketiga saya terpaksa 
menjalankan janji saya untuk 
memukulnya kalau masih lambat. 
Anehnya dia hanya menyerahkan 
punggungnya untuk dirotan . 
Airmata saja yang jatuh tanpa 
sepatah kata dari mulutnya. 
Keesokan harinya dia masih juga 
lambat, dan saya memukulnya 
lagi. Namun ia masih tetap datang 
ke sekolah dan masih tetap 
lambat. Suatu hari saya 
bercadang untuk mengintipnya ke 
rumahnya. Setelah mendapatkan 
alamatnya, saya meneruskan niat 
saya. Dia tinggal di sebuah 
kawasan setinggan tidak berapa 
jauh dari sekolah. Keadaan 
rumahnya sangat daif. 
Saya nampak murid saya itu 
sedang berdiri di depan 
rumahnya dalam keadaan gelisah. 
Seorang wanita yang mungkin 
ibunya juga kelihatan gelisah. 
Lebih kurang pukul 1.30 seorang 
anak lelaki sedang berlari-lari 
sekuat hati menuju ke rumah itu. 
Sambil berlari dia membuka baju 
sekolahnya. Sampai di depan 
rumah baju dan kasutnya 
diserahkan pula kepada murid 
saya yang terus bergegas 
memakainya. Sebelum pakaian 
sekolah sempurna dipakai, dia 
sudah berlari ke arah sekolah. 
Saya kembali ke sekolah dengan 
penuh penyesalan. Saya 
memanggil anak itu sambil 
menahan airmata yang mula 
tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi 
cikgu pergi ke rumah kamu dan 
memerhatikan kamu dari jauh. 
Siapa yang berlari memberikan 
kamu baju tadi?" Dia terkejut dan 
wajahnya berubah. "Itu abang 
saya. Kami kongsi baju dan kasut 
sebab tak ada baju lain. Itu saja 
baju dan kasut yang ada. 
Maafkan saya, cikgu." Jawabnya 
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu 
dan kenapa kamu biarkan saja 
cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, 
jangan meminta-minta pada 
orang, jangan ceritakan 
kemiskinan kita pada orang. 
Kalau cikgu nak pukul serahkan 
saja punggung kamu." Sambil 
menahan airmata yang mula 
berguguran saya memeluk anak 
itu, "Maafkan cikgu, ......." 
Kejadian itu cukup menginsafkan 
saya. Selepas itu saya cuba 
membantunya setakat yang 
mampu. 
Dipetik dari pengalaman seorang 
guru yang dedikasi. 
Moral : Bersyukurlah dengan apa 
yang kita ada berbanding dengan 
orang yang tidak mempunyai 
apa-apa.. 

APA YANG KITA LUPA ?

'Jangan tolong jiran itu, dia tak akan hargai niat kita.'

'Jangan bantu kawan itu, dia selalu mengambil kesempatan sahaja.'

'Jangan derma pada pengemis, banyak mereka sekarang menipu.'

'Jangan bantu saudara itu, bila dia senang dia tak pernah ingat kat kita.'

Selalu ada pemikiran sedemikian?

Itu petanda kita selalu lupa bahawa kita berbuat sesuatu untuk mendapat pahala dan keredhaan Allah.

Seperti terjumpa pengemis, jika terasa berat bahawa duit yg diderma bukan sampai kepadanya...

Boleh jangan derma duit, bagilah sebungkus nasi lemak untuk mengenyangkan perutnya untuk satu kali makan.

Asal niat nak membantu, ada banyak kaedahnya. Asal niat tidak ingin beramal, ada banyak yang ditakutkan.

Buat renungan di bulan Ramadan.

Thursday 11 July 2013

HAKIKAT PUASA

Sebenarnya banyak perkara yang ingin Allah tunjukkan kepada kita yang kerdil ini dalam amalan berpuasa.

Antara hikmah tersirat yang terpenting dalam menahan dahaga, lapar dan nafsu ialah minda kita kurang melayang ketika berpuasa kerana dahaga, lapar dan nafsu. 

Oleh kerana itu, emosi kita lebih tenang, kerana minda tiada masa untuk bersangka buruk, memikirkan perkara-perkara yang lepas, membayangkan masa depan yang menakutkan kita kerana sibuk menahan dahaga, lapar dan nafsu secara tidak sedar dan sedar.

Ketika berpuasa, kita sentiasa hidup dalam “masa kini”, yang lepas tidak dikisahkan, yang akan datang tidak sempat difikirkan. Ketika pagi tidak terfikir petang, ketika petang tidak terfikir pagi. Dan masa inilah juga manusia lebih mudah mencapai ketenangan dan terasa diri kurang membazir masa.

Pada pandangan ana, itulah antara perkara tersirat yang dilatih pada diri kita oleh Allah ketika berpuasa.

Sekadar renungan, berapa ramaikah antara kita yang belajar dan juga membawa perkara tersirat ini yang dipelajari setiap bulan Ramadhan dalam kehidupan seharian?

ciuman suami untuk isteri ! SWEET !!

Alkisah ciuman pagi…

Sejak kecil saya sering melihat, papa sebelum keluar dari rumah untuk kerja, papa akan mencium dahi mak sambil membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Mama pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan papa dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, mama akan menghantar satu sms untuk papa bertanyakan sudah papa makan tengahari.

Bila lepas asar, mak akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama papa.

Mama tidak bertanya apakah papa malam ini akan pulang makan. Mama selalu masak dan lepas itu barulah mak menghantar sms ke papa bertanya apakah papa akan pulang untuk makan.

Jika papa kata ya, mama akan tunggu sehingga papa balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu papa.

Satu malam, mama bertengkar dengan papa kerana papa berkata sesuatu yang mama tidak suka.

Pada sebelah paginya, mama tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan papa.

Tapi mama dan papa tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika papa keluar pintu rumah, papa tidak mengucup dahi mama. Mama pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada papa.

Apabila kereta papa sudah keluar, mama menangis.

“Mama, mengapa ngangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata mak yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Mama balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.

15 minit kemudian, ada kereta henti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Papa patah balik. “Mama mana?”

“Dalam bilik.”

Papa terus ke bilik. Saya mengikut. Papa terus memeluk mama dan mencium dahinya dan membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Air mata mama mengalir lagi.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata papa sebelum beredar balik ke kerja.

Mama tersenyum semula riang.

“Mama tadi menangis pasal papa ke? Mama senyum ini pun pasal papa ke?”

“Anak mama ini. Ya, mama menangis dan senyum pun untuk papa?” jawab mama.

“Papa ini nakallah, sekejap buat mama ngangis, sekejap buat mama senyum,” kata saya.

“Tak. Papa orang baik. Mama yang sakitkan hati papa semalam. Apa yang mama nak papa beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan mama. Mama merajuk semalam tatkala papa letih kerja kerana lupa belikan hadiah buat harijadi ayang. Papa kata terlupa, mama pula terlebih kata papa tiada hati untuk keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana papa tak buat demikian, mama merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila papa pergi kerja tak cium dahi mama, mama menangis bukan kerana papa, tapi kerana mama terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan papa, dan terasa papa tak sayang kat mama. Tapi apabila papa balik mencium dahi mama, mama terasa papa sangat sayang kat mama, dan mama sempat memohon maaf pada papa, sebab itu mama senyum,” kata mama.

Saya tak berapa faham kata-kata mama kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya papa ketika mama sudah tidur keletihan.

“Papa, mengapa papa patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Mama dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila mama tahu papa terlupa beli harijadi ayang, mama naik berang kata papa tiada hati untuk keluarga. Papa terguris sedikit, tapi papa ada ego tak nak mengaku salah.

Masa memandu terfikir bagaimana mama setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu papa pulang untuk makan malam bersama, papa terasa bersalah bertindak kejam pada mama dengan tidak mencium dahi mama. Papa pulang kerana papa tahu mama adalah orang terpenting dalam hidup papa dan papa tak boleh biarkan mama sedih walaupun sesaat,” terang papa.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui mama dan papa. Rupa-rupanya ombak yang melanda mama dan papa sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kesayangan dan keeratan dengan orang tersayang setelah ombak itu reda kerana kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

Satu lagi cerita untuk renungan malam ini.


daripada facebook : dato' tuan ibrahim bin tuan man official

Wednesday 10 July 2013

CARA UNTUK BERASA SYUKUR DENGAN ALLAH

Untuk berasa syukur dengan Allah - renungkan perkara ini...

Renungkan dosa-dosa kita, kemudian melihat apa yang telah diberikan oleh Allah untuk kita pada waktu ini - walaupun kita telah melakukan pelbagai dosa.


Tetiba kita akan terasa walaupun kita ini banyak berdosa, Allah tetap melayan kita dengan teramat baik - kita masih bernafas, mempunyai makan yang cukup, ada tempat berteduh... masih boleh melihat matahari terbit... bersembahyang dan sebagainya...


Terasa sayu hati tak terhadap layanan Allah s.w.t. pada kita?

TABAH DENGAN UJIAN

UJIAN datang membawa PENGALAMAN yg cukup BERHARGA bersamanya. UJIAN bukannya HUKUMAN ALLAH terhadap kita, tetapi sebagai suatu HIKMAH yg tersirat dan penuh dengan KEBAIKAN DARINYA.

damaikan hati

Ya ALLAH Ya Rabb,
Damaikanlah hati ini,
Dengarlah rintihan ini,
Hanya padaMu aku mengadu,
Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Mengetahui lagi Maha Memahami..

SUATU BARANG YANG BERNILAI

Sesuatu barangan itu bernilai bukan sangat kepada barangan, tetapi keadaan menentukan nilainya. 

Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai kapai kelemasan. Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainnya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa. Tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir.

Demikianlah pahala tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat , yang semua tiada bernilai melainkan pahala. Nilai-nilai baik di bulan Ramadan pula sering dilupakan tatkala bulan ini berlalu.

Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, maka kutiplah apa yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu.