Tuesday 9 December 2014

ADA APA PADA PANGKAT?

APA ADA PADA PANGKAT & GELARAN?

Nu'man bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah, atau popular disebut Imam Hanafi, pernah berselisih atau terserempak dengan anak kecil yang berjalan mengenakan sepatu kayu.

"Sang imam berkata, "Hati-hati nak dengan sepatu kayumu itu! Jangan sampai kau tergelincir."

Anak kecil ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

"Bolehkah saya tahu namamu, tuan?", tanya si anak kecil.

"Nu'man namaku.", jawab sang imam.

"Jadi, tuan lah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam Agung) itu..?", tanya si anak kecil.

"Bukan aku yang memberi gelaran itu, masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku."

"Wahai Imam, hati-hati dengan gelaran mu itu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran."

"Sepatu kayuku ini mungkin hanya menggelincirkan aku di dunia. Tapi gelaran mu itu dapat menjerumuskan mu ke dalam api yang kekal jika kesombongan dan keangkuhan menyertainya."

Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itu pun tersungkur menangis. Imam Abu Hanifah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan datang dari lidah seorang anak kecil.

Betapa banyak manusia tertipu kerana pangkat, jawatan, jabatan, tertipu kerana kedudukan dan tertipu kerana kemaqamannya. Jangan kita jadikan gelaran di dunia untuk keangkuhan.

Ya Karim!

Semoga kita menjadi seseorang yang lebih bertanggung jawab lagi.


fb: ustaz hasnan

Friday 24 October 2014

Ke Masjid Ke Kita

Assalamualaikum. 안녕하세요
Kita ke masjid dengan pakaian yg amat cantik. Lawa. Dengan jubahnya. Serbannya. Untuk solat. Ya itu bagus ! Tapi bila kita solat kt rumah, apa pakaian kita? Baju tido? Kadang2 x pakai baju bagi lelaki. Kenapa? Kita kt rmah sembah tuhan yg lain dan kt masjid tuhan yg lain? BUKAN ! Tuhan yg sama. Iaitu ALLAH. Tapi kenapa? Mgkn adanya dlam diri kita sifat nak tunjuk kepada org ramai yg pakaian kita cantik. Bukannya pakai lawa2, cantik2, macho2 kerana Allah. Jadi ubahlah dari sekarang. Pakailah kerana Allah. Buat sesuatu kerana Allah

Wednesday 20 August 2014

ALKISAH BURUNG GAGAK

Alkisah gagak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa.

“Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya.

Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. 

“Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak.

Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu.

Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.”

Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak.

“Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang paling bahagia di dunia,” kata burung gagak.

Burung merak pun menjawab, “Aku selalu rasa akulah paling cantik dan gembira di dunia ini. Tapi kerana kecantikan aku, aku dikurung di dalam zoo ini. Aku telah melihat sekitar zoo ini, hanya burung gagaklah yang tak terkurung di zoo ini. Kalau aku ialah burung gagak, aku rasa aku paling gembira kerana dapat bergerak sana sini.”

Wahai anakku,
Di kalangan manusia, kamu juga akan saling membanding. Sebenarnya ia tidak perlu kerana ia menimbulkan tekanan dan kesedihan. Membanding bermakna kamu tidak menghormati apa yang diberi Allah. Kamu berasa Allah tidak adil. Kamu berasa diri malang.

Wahai anak kesayanganku,
Fokuslah pada apa yang ada di tangan. Setiap manusia ada benda lebih dan benda kurang. Tapi Allah maha adil – sesiapa yang tahu bersyukur dengan apa yang ada, dialah manusia yang paling gembira. Adakah kamu salah seorang itu?


from fb dato tuan ibrahim tuan man

Wednesday 5 February 2014

Tips mudah Hafal Al Quran

Ingin berkongsi sedikit berkenaan cara mudah bagi sesiapa yang ada niat untuk hafal al quran.
begitu adalah resepinya,


PERTAMA:
baca ayat yang ingin di hafal sebanyak 5 kali secara laju. Bagi membiasakan lidah untuk menyebutnya


KEDUA:
buka al quran, baca ayat yang ingin di hafal sebanyak 5 kali dengan melihat al quran


KETIGA:
tutup al quran, baca ayat yang ingin di hafal sebanyak 15 kali tanpa melihat al quran


KEEMPAT:
jika masih tidak dapat hafal, ulangan lagi ayat yang ingin di hafal sebanyak 10 kali atau sehingga dapat menghafalnya


KELIMA:
untuk ayat kedua, ikut cara PERTAMA hingga KEEMPAT, dan di akhir sekali baca balik dari ayat pertama hingga ayat kedua. dan begitu juga untuk ayat ketiga hingga habis satu surah


*perkongsian ustazah dalam kelas CTU pagi tadi..sama2 kita manfaatkan...

Monday 27 January 2014

Kisah Ayah dan Facebook. #sedih

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook.

Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. 

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. 

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. 

Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini. 

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. 

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.

Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.

Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

Copy and paste from facebook